Sunday, 29 May 2011

Peringatan,



Kepada yang teraniaya; 
Bersabarlah, sesungguhnya kemenangan sudah hampir. Hak anda pasti akan dikembalikan, sekiranya jika tidak berlaku di dunia, sudah pasti akan berlaku akhirat nanti dengan izin Allah S.W.T.

Kepada orang zalim dan yang suka menganiaya orang lain;
Tidurlah dengan tenang, nanti akan datang balasan Allah S.W.T walaupun bukan sekarang dan memakan masa yang panjang. Sekiranya tidak berlaku di dunia, maka ianya tetap akan berlaku di akhirat. Pada masa itu, amat malang diri mu kerana tiada lagi amalan kebaikan kamu yang boleh dihisab. Samaada amal kebajikan kamu itu akan diberikan kepada orang yang kamu aniaya atau dipikulkan dosa-dosa mereka ke atas kamu. Oleh itu, bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan.

Saya sentiasa berdoa agar memberi petunjuk atau memberi pembalasan kepada orang-orang yang menganiaya orang Islam, mereka yang menzalim harta, hak dan maruah muslimin. Semoga Allah S.W.T akan menunjukan kebenaran dan mengembalikan hak kepada mereka yang berhak…. 
Amin

Tuesday, 24 May 2011

Dia Jua Yang Maha Mengetahui


بسم الله الرحمن الرحيم



Persoalan-persoalan hati sentiasa bermain di fikiran diri, berlegar-legar mencari rahsia sebalik misteri dan kadangkala menemui jawapan yang tiada pasti.. Sebagai insan biasa yang diciptakanNya, akal ini sebenarnya terbatas dan sudah pasti tiada sempurna. Namun Yang Maha Pengasih tidak mungkin membiarkan hamba-hambaNya terkapai di tengah lautan ujian, lemas terdampar di pantai harapan dan terbujur kaku di kafan impian.. Maha Sucinya yang menyembunyi sejuta keajaiban dan kemustahilan yang tidakkan mampu kita tafsirkan dengan akal yang penuh kelemahan dan kekurangan. Hanya keimanan dan ketakwaan padaNya jua mampu membimbing diri untuk menyusuri kehidupan ini yang nyata penuh misteri..

Sesungguhnya, ketentuan itu adalah santapan setiap insan.. Santapan inilah yang akan memberikan khasiat tersembunyi untuk mematangkan hati untuk mensyukuri, menguat jiwa untuk meredhai dan menguat jasad untuk terus berdiri.. Namun, setiapkali di uji hati akan tertanya, jiwa akan meronta dan batin rasa tersiksa. Mengapa? Kenapa? Kerana kita terlupa, Dia jualah Yang Maha Mengetahui segala jawapannya..

OH..! KENAPAKAH AKU DI UJI ? 
"Apakah Manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ' Kami telah beriman', sedang mereka tidak di uji lagi?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah Mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta"
(Surah Al Ankabut :2-3)
 
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN.?
..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia mat buruk bagimu; Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.." (Surah Al -Baqarah : 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI.? 
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya.."
(Surah Al-Baqarah :286)

KECEWANYA HATIKU.
 "Jangan kamu bersikap lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.."
(Surah Al-Imran:139)
 
BAGAIMANA HARUS KU HADAPI SEMUA INI..?
 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.."
(surah Al-Baqarah:45)

APA YANG AKU DAPAT DARI UJIAN INI.?
 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Muk'min, diri dan harta mereka dengan memberikan mereka syurga.."
(Surah At-Taubah: 111)
KEPADA SIAPA HARUSKU BERHARAP LAGI.?
 "..Cukuplah Allah bagiku; tiada Tuhan selain Dia.Hanya padaNya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung.."
(Surah At-Taubah :129)

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI..!!!
"
.....dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.."
(Surah Yusof:87)

:::::::
Maka mengapa ditutupkan hati, dibutakan jiwa menerima hidayahNya.. Mengapa menangisi semalam sedangkan esok jua kan menjelma bersama ketentuanNya.. Teguhkan keimanan, suburkan ketakwaan, semoga kita diberi kejayaan yang tidak pernah kita impikan..
Berkat dari sebuah kesabaran dalam menempuh ujian dan
sesuci keredhaan menerima sebuah ketentuan..

"Hai orang-orang yang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.."
(Surah Al-Imran:200)

-Hanya mampu berdoa semoga Allah memelihara diriku dalam kesejahteraan dan melimpahkan hatiku dengan ketabahan dan kekuatan..hanya iman yang mampu meyakinkan bahawa setiap yang berlaku adalah lukisan takdir Tuhan..dan hanya ungkapan kesabaran mampu meneguhkan titian kehidupan..

Monday, 23 May 2011

Peringatan: Golongan wanita yang menjadi isi neraka


Saidina Ali Karramallahahu wajhah berkata, ‘saya dengan Fatimah menghadap Rasulullah SAW, kami dapati baginda sedang menangis, lalu kami berkata kepadanya,

‘Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?’, Baginda menjawab, ‘Pada malam aku diisrakkan hingga kelangit, di sana aku melihat perempuan-perempuan dalam keadaan azab yang amat dahsyat, dengan itu aku menangis bila mengenangkan azab yang diterima oleh mereka. 


Ali bertanya, ‘Apakah yang ayahanda lihat di sana?’ Rasulullah SAW bersabda, ‘aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya dan tangannya dikat kebelakang dan iqthran (timah cair yang panas) dicurah ke dalam tekaknya. Aku melihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat, tangannya terikat keubun-ubunnya, dan aku lihat perempuan memakan tali perutnya sendiri.’

‘Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat dari api neraka, otaknya keluar daripada lubang, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta’

‘Aku melihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraannya yang dihadapi. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,kala dan ular masuk ke kemaluannya atau mulutnya atau kelepasannya. Malaikat memukulnya dengan curung api neraka.’

Sebab-sebab wanita masuk neraka

Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya, ‘ Ayahanda yang dikasihi, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?’

Rasulullah menjawab, ‘Fatimah, adapun perempuan-perenpuan yang digantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup auratnya daripada yang bukan muhrimnya. Perempuan yang tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.’

‘Perempuan yang digantung tubuh mereka ialah yang menyusukan anak orang lain dengan tidak mendapat keizinan suaminya. Perempuan yang kedua kakinya tergantung ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa keizinan suaminya dan perempuan yang tidak mahu bersuci daripada haid dan nipas.

Perempuan yang memakan dirinya sendiri itu ialah kerana mereka berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat orang’.

‘Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, ialah kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya, dan tidak mahu mandi janabah’

‘Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang berupa seperti anjing ialah perempuan yang suka buat fitnah dan membenci suaminya.’

‘Perempuan yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang tujuh puluh hasta, kemudian diikat ke belakang tengkuknya.’

Sementara itu Saidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan, ‘Aku mendengar Rasulullah bersabda, ‘Perempuan yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat para malaikat dan laknat oleh manusia.’


Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ‘Seseorang perempuan itu, apabila ia mengerjakan sembahyang lima waktu, dan berpuasa dalam bulan Ramadhan, dan memelihara kehormatannya dan taat setia kepada suaminya, masuklah ia ke dalam syurga dari mana jua pintu syurga yang ia kehendaki.’

Sabda Rasulullah SAW lagi:
‘Selain dari itu, ahli neraka diperintah masuk kedalam neraka, dan aku telah berdiri menghadap Rasulullah SAW seraya bertanya: ‘Ya Rasulullah, kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya ialah perempuan. ‘

Rasulullah SAW menjawab: ‘Kebanyakan penghuni neraka itu adalah perempuan kerana perempuan gemar sekali mengkufurkan suaminya. Seberapa banyakpun nikmat yang telah diperolehinya, dia masih belum rasa puas hati dan cukup sehingga terus merayu suaminya untuk mendapatkan harta yang banyak.’

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA


“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS Al-Baqarah 2:155-157)

Sunday, 22 May 2011

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

 
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota  dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.  Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"  Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.
 
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.  Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.



Friday, 20 May 2011

TIDAK ADA HIDUP TANPA DUGAAN


Tidak ada hidup tanpa dugaan ! Hidup itu memang penuh dugaan , baik dugaan dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan, suka mahupun duka, kenikmatan mahupun ketidaknikmatan. Persoalannya bukanlah pada dugaan itu. Persoalannya bukanlah pada sesuatu yang kita anggap masalah itu. Persoalannya bukan apa yang menimpa kita. Tetapi sesungguhnya adalah bagaimana kita menghadapi dugaan itu, memandangnya, memaknainya, menyikapinya.

Tiada ubat yang lebih baik ketika menghadapi dugaan  selain daripada sabar dan ikhtiar. Tidak perlu mencaci keadaan, atau menyesali keadaan secara berlebihan, atau stress, atau menyumpahi keadaan. Lari dari dugaan, atau berusaha mencaci keadaan, tidak menerima kenyataan bukanlah penyelesaian, tetapi hanya akan menambah masalah baru.

Kembalikanlah semua yang telah terjadi kepada Allah. Sikap yang terbaik adalah mengambil hikmahnya, pelajaran berharga buat menghadapi hari esok. Lalu, lanjutkan dengan ikhtiar, mengusahakan yang lebih baik ke depannya.

Tiada hidup yang tanpa dugaan ! Dalam konteks agama, dugaan  itu adalah Sunnatullah. Dengan dugaan, akan diketahui siapa orang yang beriman dan siapa orang yang tidak beriman. Bagaimana kita menghadapi dugaan, itulah yang akan menentukan nilai kita di hadapan Allah (sekali lagi nilai di hadapan Allah, bukan di hadapan manusia).

Akhirnya, alangkah lebih baik jika kita mendekatkan diri kepada Allah. Misalnya dengan meningkatkan kekhusyukan solat kita, doa kita, muhasabah kita, renungan kita. Mintalah ampun kepada Allah. Mintalah petunjuk kepada Allah. Kalau bersungguh – sungguh dilakukan, insyaAllah, Dia akan memberi petunjuk kepada kita.

Akhir kata, Allah juga tidak mahu umat-Nya menganiayai antara sesama umat Islam. Allah Maha Besar dan juga Allah Maha Berkuasa.

Wednesday, 18 May 2011

SUATU PENDEDAHAN (Siri 1)




Antara gambar-gambar penyamun yang telah menzalami ramai mangsa-mangsanya. 
Biodata penyamun :
Pelajar UIA
Bekas majistret
Bekas pendaftar kanan mahkamah
Penguasa penjara kajang
Motivator (Kononnya)
Penyangak
Penipu
Penyamun

Sasaran : Tidak mengenal peringkat, semua dia sapu

Bergerak aktif : Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pahang, Pulau Pinang

Kegiatan pernah didedahkan didalam Buletin Utama TV3 dan akhbar Kosmo. Penipuan terakhir pada Disember 2010 sebanyak RM143,000.00, mungkin ada lagi
Walaupun banyak laporan polis telah dibuat tapi tiada sebarang tindakan diambil dan masih aktif menjalankan kegiatannya.